Logo Klinik Al-Fatih Johor Klinik Al-Fatih JohorTrusted community and corporate partners
Weight Management · Johor Bahru · Skudai

Weight management bukan sekadar angka pada penimbang.

Berat badan dipengaruhi metabolisme, pemakanan, pergerakan, tidur, genetik, persekitaran dan keadaan kesihatan. Program yang baik bermula dengan memahami faktor ini sebelum menentukan sasaran dan rawatan.

Penilaian doktorMetabolic healthLifestyle + treatmentTTC-aware care
Program weight management Klinik Al-Fatih Johor bersama doktor
54.4%dewasa Malaysia mempunyai overweight atau obesity berdasarkan NHMS 2023.
Konteks Malaysia

Masalah ini biasa — tetapi penyelesaiannya perlu individual.

Obesiti kini dianggap penyakit kronik dan relapsing yang dipengaruhi interaksi genetik, neurobiologi, tingkah laku makan dan persekitaran. Ia bukan semata-mata isu “kurang disiplin”.

Siapa yang lebih berisiko?

Berat badan boleh meningkat dalam banyak jenis kehidupan harian.

Corak risiko berbeza antara individu. Kehadiran satu faktor tidak bermaksud seseorang pasti mengalami obesity, tetapi ia boleh membantu menentukan apa yang perlu dinilai.

Kerja banyak duduk

Aktiviti harian yang rendah boleh mengurangkan penggunaan tenaga dan memudahkan lebihan kalori terkumpul dari masa ke masa.

Sejarah keluarga

Genetik, corak pemakanan keluarga dan risiko diabetes atau obesiti dalam keluarga boleh mempengaruhi kecenderungan berat naik.

Prediabetes / diabetes

Insulin resistance, gula tinggi dan perubahan metabolik sering bergerak bersama peningkatan berat dan visceral fat.

PCOS / haid tidak teratur

Sesetengah wanita dengan PCOS mempunyai insulin resistance dan lebih sukar mengawal berat, walaupun setiap kes berbeza.

Tidur tidak berkualiti

Kurang tidur, jadual tidur tidak konsisten dan obstructive sleep apnoea boleh mengganggu selera, tenaga dan kemampuan untuk kekal aktif.

Weight cycling berulang

Turun-naik berat melalui diet terlalu ketat boleh menyukarkan pelan jangka panjang dan memerlukan strategi yang lebih sustainable.

Kenapa berat badan boleh naik?

Ia biasanya bukan satu punca sahaja.

Klik setiap faktor untuk memahami bagaimana ia boleh menyumbang.

01Lebihan tenaga+

Pengambilan tenaga yang berterusan melebihi penggunaan tenaga adalah asas kepada penambahan berat, tetapi sebab di sebalik corak itu boleh kompleks.

02Makanan & minuman tinggi kalori+

Minuman manis, makanan energy-dense, portion besar dan corak makan tidak teratur boleh menyumbang tanpa disedari.

03Kurang aktiviti+

Kerja sedentary, kurang berjalan dan kurang latihan kekuatan mengurangkan jumlah pergerakan harian.

04Tidur & stres+

Tidur tidak cukup dan stres berpanjangan boleh mempengaruhi appetite regulation, mood, craving dan consistency.

05Hormon / penyakit / ubat+

Sesetengah ubat dan keadaan seperti hypothyroidism atau gangguan endokrin tertentu boleh menyumbang dan perlu dinilai apabila sesuai.

06Persekitaran & genetik+

Obesiti ialah penyakit kronik multifactorial; genetik, biologi, persekitaran makanan dan faktor sosial semuanya boleh memainkan peranan.

Apa perlu dibuat?

5 tonggak utama untuk hasil yang lebih sustainable.

Tiada satu diet atau satu ubat yang sesuai untuk semua orang. Pelan perlu seimbang antara perubahan lifestyle, kesihatan metabolik dan rawatan yang diperlukan.

01

Pemakanan seimbang

Fokus pada portion yang realistik, protein yang mencukupi, lebih sayur dan buah, whole grains atau sumber karbohidrat yang sesuai, serta kurangkan minuman bergula dan makanan ultra-processed.

02

Bergerak lebih aktif

Gabungkan pergerakan harian, walking, aerobic activity dan latihan kekuatan secara berperingkat mengikut tahap kecergasan serta kesihatan sendi.

03

Tidur yang cukup

Tidur yang konsisten dan berkualiti membantu tenaga, mood dan kawalan selera. Berdengkur kuat atau mengantuk siang perlu dinilai jika ada kemungkinan sleep apnoea.

04

Pantau metabolic health

Berat hanyalah satu ukuran. Tekanan darah, ukuran pinggang, gula, HbA1c, lipid dan risiko fatty liver boleh memberi gambaran kesihatan yang lebih lengkap.

05

Pelan yang boleh dikekalkan

Target yang realistik, perubahan kecil tetapi konsisten, dan follow-up berkala biasanya lebih berguna daripada diet ekstrem yang sukar dipertahankan.

Pemakanan seimbang & tidur

Diet dan tidur perlu bergerak bersama.

Diet yang terlalu ketat mungkin menghasilkan perubahan cepat tetapi sukar dikekalkan. Fokus yang lebih berguna ialah calorie deficit yang munasabah, protein dan fibre yang mencukupi, portion yang sesuai dan corak pemakanan yang boleh hidup bersama rutin harian anda.

Tidur pula mempengaruhi tenaga, mood, selera dan consistency. Jika seseorang berdengkur kuat, kerap terjaga atau mengantuk berlebihan pada siang hari, doktor mungkin mempertimbangkan penilaian sleep apnoea.

Asas harian yang praktikal

  • Utamakan air kosong dan kurangkan minuman bergula.
  • Pastikan setiap meal mempunyai sumber protein yang sesuai.
  • Tambah sayur, buah dan sumber fibre secara konsisten.
  • Gunakan portion yang realistik — bukan sekatan ekstrem.
  • Bergerak lebih banyak sepanjang hari, bukan exercise sahaja.
  • Wujudkan rutin tidur yang konsisten dan mencukupi.
Apa yang doktor akan nilai?

Penilaian lebih luas daripada BMI sahaja.

BMI berguna sebagai screening tool tetapi keputusan klinikal tidak sepatutnya bergantung pada BMI sahaja. Central obesity, blood pressure, metabolic markers, ubat dan simptom juga penting.

✓Berat, BMI dan perubahan berat dari masa ke masa
✓Ukuran pinggang / central adiposity apabila relevan
✓Tekanan darah dan risiko kardiometabolik
✓Corak makan, minuman, craving dan meal timing
✓Aktiviti fizikal, kerja sedentary dan exercise history
✓Tidur, berdengkur dan simptom obstructive sleep apnoea
✓Ubat semasa, penyakit sedia ada dan family history
✓Glucose / HbA1c, lipid, liver atau ujian lain jika ada indikasi
✓PCOS, menstrual pattern dan perancangan TTC jika relevan
Kalkulator BMI Asia

Kira BMI anda mengikut bacaan risiko Asia

Gunakan kalkulator BMI ini untuk anggaran awal sebelum konsultasi program berat badan di Klinik Al-Fatih Johor. Untuk populasi Asia, risiko kesihatan seperti diabetes, darah tinggi dan fatty liver boleh meningkat pada bacaan BMI yang lebih rendah berbanding cut-off umum.

BMIBacaan AsianMaksud ringkas
< 18.5Kurang beratPerlu semak pemakanan, kesihatan umum dan punca turun berat jika tidak dirancang.
18.5 – 22.9Normal / optimalTeruskan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal dan pantau ukuran pinggang.
23.0 – 27.4Pre-obese / overweightRisiko meningkat. Sesuai untuk semak komposisi badan, visceral fat, gula, kolesterol dan strategi turun berat.
27.5 – 32.4Obese IRisiko tinggi. Disarankan untuk konsultasi program berat badan dengan segera bagi semakan doktor, ujian asas dan pelan rawatan yang sesuai.
32.5 – 37.4Obese IIRisiko sangat tinggi. Sangat disarankan konsultasi program berat badan dengan segera serta semakan komplikasi seperti diabetes, darah tinggi, fatty liver, OSA dan sakit sendi.
≥ 37.5Obese IIIRisiko sangat tinggi / ekstrem. Disarankan konsultasi program berat badan dengan segera untuk penilaian doktor dan pelan rawatan menyeluruh.
BMI 27.5 ke atas? Untuk bacaan BMI Asia, ini sudah masuk kategori obesiti. Anda disarankan untuk konsultasi program berat badan dengan segera supaya doktor boleh semak risiko, komposisi badan, tekanan darah, ujian darah dan pilihan rawatan yang sesuai.

Nota: BMI ialah alat saringan, bukan diagnosis lengkap. Doktor masih perlu menilai sejarah kesihatan, ubat semasa, ukuran pinggang, komposisi badan dan ujian darah jika perlu.

Kalkulator BMI

Masukkan berat dan tinggi. Keputusan akan keluar dengan interpretasi BMI Asia.

Masukkan berat dan tinggi untuk dapatkan bacaan BMI.
WhatsApp keputusan BMI

Untuk pesakit Asia, bacaan BMI 23 ke atas sudah dianggap risiko meningkat. Sila dapatkan konsultasi jika ada diabetes, darah tinggi, kolesterol, PCOS, fatty liver, sakit lutut atau berat naik mendadak.

Rawatan yang boleh dipertimbangkan

Rawatan dibina secara bertahap — bukan terus kepada injection.

Rawatan bergantung pada BMI, waist circumference, komorbiditi, usaha lifestyle terdahulu, ubat semasa, preference dan keselamatan individu.

01

Lifestyle foundation

Pemakanan, aktiviti fizikal, tidur dan behavioural strategy ialah asas program walaupun ubat dipertimbangkan.

02

Metabolic assessment

Doktor menilai diabetes, hypertension, dyslipidaemia, fatty liver, sleep apnoea, ubat semasa dan komorbiditi yang boleh mempengaruhi pelan.

03

Structured follow-up

Berat, ukuran, toleransi rawatan, kesan sampingan, pemakanan dan adherence dipantau dari semasa ke semasa.

04

Medication bila sesuai

Ubat preskripsi seperti terapi GLP-1 atau GLP-1/GIP boleh dipertimbangkan untuk pesakit terpilih berdasarkan indikasi, risiko dan manfaat semasa.

Medication

GLP-1 / GLP-1+GIP bukan untuk semua orang.

Terapi seperti semaglutide atau tirzepatide boleh dipertimbangkan untuk pesakit terpilih mengikut indikasi semasa, product availability dan penilaian klinikal. Ubat ini digunakan bersama pemakanan dan aktiviti, bukan menggantikannya.

Perkara yang biasanya dibincangkan

  • GI side effects seperti nausea, vomiting, diarrhoea atau constipation.
  • Risiko gallbladder disease dan pancreatitis mengikut sejarah serta simptom.
  • Contraindications dan ubat lain yang sedang digunakan.
  • Dose escalation, tolerability dan follow-up.
  • Pelan berhenti / tukar rawatan jika TTC atau kehamilan berlaku.
Metabolic connection

Berat badan boleh berkait dengan lebih daripada rupa fizikal.

Central adiposity→Insulin resistance→Prediabetes / diabetes→Fatty liver / BP / lipids→Sleep & reproductive health

Ini ialah gambaran hubungan yang mungkin berlaku, bukan urutan yang wajib berlaku pada setiap orang.

Weight Management & TTC

Boleh membantu sesetengah pasangan yang sedang TTC — tetapi bukan rawatan kesuburan.

Obesity boleh mempengaruhi reproductive health pada lelaki dan wanita. Pada wanita, ia dikaitkan dengan ovulatory dysfunction; bagi wanita dengan obesity yang anovulatory, weight-loss intervention boleh membantu ovulation dan peluang unassisted conception. Lelaki dengan obesity juga boleh mempunyai gangguan reproductive function.

Namun, weight loss tidak menjamin kehamilan dan bukti tidak menunjukkan peningkatan live-birth outcome untuk semua pasangan atau semua fertility treatment.

PCOSHaid tidak teraturInsulin resistanceMale metabolic healthPre-conception health
Soalan lazim

Perkara yang selalu ditanya tentang weight management.

Kenapa berat susah turun walaupun saya rasa makan sedikit?+

Jumlah tenaga, portion tersembunyi, minuman, aktiviti harian, tidur, stres, ubat dan faktor metabolik semuanya boleh mempengaruhi. Food diary atau structured review kadang-kadang membantu mengenal pasti pola sebenar.

Perlu berhenti nasi untuk kurus?+

Tidak semestinya. Pelan pemakanan yang baik lebih bergantung pada jumlah tenaga, portion, kualiti makanan dan kemampuan untuk konsisten. Karbohidrat boleh dimasukkan mengikut keperluan individu.

Adakah semua orang akan diberi injection atau ubat?+

Tidak. Ubat hanya dipertimbangkan jika sesuai secara klinikal. Lifestyle intervention dan pemantauan metabolic health tetap menjadi asas pengurusan berat badan.

Adakah tidur betul-betul penting?+

Ya. Tidur yang tidak mencukupi atau tidak berkualiti boleh menjejaskan selera, mood, tenaga dan keupayaan untuk konsisten dengan pemakanan serta aktiviti.

Boleh weight management membantu PCOS dan TTC?+

Bagi sesetengah wanita dengan obesity dan anovulation, penurunan berat boleh membantu ovulasi dan peluang conception tanpa rawatan kesuburan. Namun ia bukan jaminan kehamilan dan tidak meningkatkan semua fertility outcomes dalam setiap kumpulan.

Boleh ambil semaglutide ketika merancang hamil?+

Untuk weight reduction, prescribing information semaglutide menyarankan penghentian sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum planned pregnancy. Pelan TTC perlu dibincang dengan doktor sebelum memulakan atau meneruskan ubat.

Bagaimana dengan tirzepatide jika TTC?+

Tirzepatide tidak digunakan untuk weight loss semasa kehamilan dan perlu dihentikan apabila kehamilan dikenal pasti. Jika merancang TTC, bincang dahulu dengan doktor supaya timing dan alternatif rawatan boleh dirancang dengan selamat.

Rujukan klinikal

Content ini disusun menggunakan rujukan semasa termasuk WHO mengenai obesity, NHMS 2023 Malaysia, ASRM mengenai obesity & reproduction, dan prescribing information semaglutide/tirzepatide. Maklumat web ini untuk pendidikan dan tidak menggantikan penilaian individu.

Langkah seterusnya

Mulakan dengan penilaian yang menyeluruh, bukan sekadar sasaran kilogram.

Program tersedia di Klinik Teratai Al-Fatih, Skudai dan Klinik Tropika Al-Fatih, Setia Tropika, tertakluk kepada jadual doktor dan kesesuaian rawatan.

Temujanji WhatsApp Lokasi