Logo Klinik Al-Fatih Johor Klinik Al-Fatih JohorTrusted community and corporate partners
Vaksin Klinik Al-Fatih Johor

Vaksin di Johor Bahru & Skudai untuk keluarga, dewasa, perjalanan dan syarikat.

Semak pilihan vaksin di Klinik Teratai Al-Fatih, Skudai dan Klinik Tropika Al-Fatih, Setia Tropika. Kami bantu anda faham kegunaan vaksin, umur yang sesuai, bilangan dos dan perkara yang perlu disemak sebelum vaksinasi.

FamilyAdultDengueHaji / UmrahCorporate
Konsultasi vaksin keluarga di klinik
Vaksin tersedia

Pilihan vaksin di klinik.

Stok dan jenama boleh berubah. Semak dengan klinik sebelum datang, terutama untuk vaksin perjalanan atau siri berbilang dos.

Quick comparison

Umur, dos dan siapa yang biasanya mempertimbangkan vaksin.

Jadual di bawah ialah ringkasan umum. Tanda * bermaksud jadual boleh berubah mengikut produk, umur, sejarah vaksin atau faktor risiko.

VaksinUmur biasaDos lazimSesuai dipertimbangkan untuk
Influenza≥6 bulan*TahunanKeluarga, warga emas, pekerja, pesakit kronik
Dengue / QDENGA≥4 tahun2 dos, jarak 3 bulanIndividu sesuai yang mahu perlindungan tambahan daripada dengue
Chickenpox≥12 bulan*1–2 dos*Kanak-kanak, remaja atau dewasa yang belum imun
Hepatitis A≥1 tahun*Biasanya 2 dos*Traveller dan individu berisiko
Hepatitis BBayi–dewasaSering 3 dos*Semua umur; penting untuk occupational/blood exposure risk
MeningococcalIkut produk1 dos/booster*Haji, Umrah dan perjalanan berisiko
PneumococcalIkut umur/risikoIkut produk & sejarahWarga emas, penyakit kronik, kanak-kanak tertentu
RotavirusBayi ≥6 minggu2–3 dos*Bayi dalam julat umur produk
Maklumat setiap vaksin

Fahami kelebihan dan jadual sebelum membuat keputusan.

Klik setiap vaksin untuk penerangan ringkas. Doktor tetap akan menilai sejarah kesihatan, alahan, kehamilan, ubat semasa dan rekod imunisasi sebelum vaksin diberikan.

Booster dewasa & keluargaAdacel / Tdap

Apa yang dicegah?

Tetanus, difteria dan pertusis (batuk kokol).

Umur

Adacel berdaftar di Malaysia untuk umur 4 tahun ke atas.

Berapa dos?

Dos booster bergantung pada rekod imunisasi terdahulu, umur dan keperluan klinikal.

Kelebihan

Membantu menguatkan semula perlindungan terhadap tiga penyakit yang boleh menyebabkan komplikasi serius. Timing semasa kehamilan atau selepas kecederaan perlu dinilai secara individu.

Perkara penting

Bawa rekod vaksin jika ada. Maklumkan jika pernah mengalami reaksi alahan serius selepas vaksin terdahulu.

Kanak-kanak, remaja & dewasaChickenpox / Varicella

Apa yang dicegah?

Cacar air (varicella) dan risiko komplikasinya.

Umur

Vaksin varicella berdaftar untuk individu bermula sekitar 12 bulan, bergantung pada produk.

Berapa dos?

Kebiasaannya 1–2 dos bergantung pada umur, produk, sejarah penyakit dan rekod vaksin; remaja/dewasa yang belum imun lazimnya memerlukan 2 dos.

Kelebihan

Mengurangkan risiko mendapat chickenpox serta penyakit yang lebih teruk. Ia sangat berguna bagi individu yang belum pernah dijangkiti atau belum lengkap imunisasi.

Perkara penting

Ini vaksin hidup. Kehamilan, masalah imuniti atau ubat imunosupresif perlu dibincangkan dengan doktor terlebih dahulu.

Jadual bergantung pada produkCombo Vaccine

Apa yang dicegah?

Perlindungan beberapa penyakit dalam satu vaksin, bergantung pada kombinasi/jenama yang tersedia.

Umur

Umur minimum berbeza mengikut formulasi produk.

Berapa dos?

Bilangan dos dan sela masa tidak boleh disamaratakan kerana setiap combo vaccine mempunyai jadual berlainan.

Kelebihan

Boleh memudahkan jadual imunisasi dengan menggabungkan beberapa antigen dalam satu lawatan apabila sesuai.

Perkara penting

Sila semak nama produk/jenama dengan klinik sebelum tempahan supaya umur dan jadual dos dapat disahkan dengan tepat.

Dengue preventionDengue / QDENGA

Apa yang dicegah?

Empat serotip virus dengue.

Umur

Di Malaysia, QDENGA diindikasikan untuk individu berumur 4 tahun dan ke atas.

Berapa dos?

2 dos — dos pertama pada bulan 0 dan dos kedua 3 bulan kemudian.

Kelebihan

Kajian klinikal menunjukkan pengurangan dengue bergejala dan kemasukan hospital dalam populasi yang dikaji. Perlindungan bukan 100%, jadi pencegahan gigitan nyamuk masih penting.

Perkara penting

QDENGA ialah vaksin hidup attenuated. Kehamilan dan keadaan imuniti tertentu perlu disaring sebelum vaksinasi.

Travel & perlindungan kombinasiHepatitis A + B

Apa yang dicegah?

Hepatitis A dan Hepatitis B dalam satu program vaksinasi.

Umur

Pilihan bergantung pada produk dan umur pesakit.

Berapa dos?

Regimen lazim produk kombinasi dewasa menggunakan beberapa dos, sering 3 dos; jadual sebenar perlu disahkan mengikut produk.

Kelebihan

Praktikal untuk individu yang memerlukan perlindungan kedua-dua hepatitis, termasuk sesetengah traveller atau individu yang belum mempunyai imuniti.

Perkara penting

Bawa rekod vaksin Hepatitis A/B atau keputusan antibodi jika pernah dibuat.

Travel, makanan & pencegahanHepatitis A

Apa yang dicegah?

Jangkitan Hepatitis A yang menyerang hati dan boleh menyebabkan jaundis serta keletihan berpanjangan.

Umur

Produk tertentu boleh digunakan dari umur sekitar 1 tahun.

Berapa dos?

Biasanya 2 dos dengan dos susulan beberapa bulan kemudian; jadual bergantung pada produk.

Kelebihan

Memberi perlindungan jangka lebih panjang berbanding bergantung kepada pencegahan makanan/air sahaja, terutama bagi traveller dan individu berisiko.

Perkara penting

Jika perjalanan hampir, beritahu tarikh berlepas supaya timing vaksin boleh dinilai.

Kanak-kanak, dewasa & occupational riskHepatitis B

Apa yang dicegah?

Hepatitis B yang boleh menjadi jangkitan kronik, sirosis dan kanser hati.

Umur

Digunakan dari bayi hingga dewasa; regimen berubah mengikut umur, produk dan faktor risiko.

Berapa dos?

Siri standard dewasa sering menggunakan 3 dos (contohnya 0, 1 dan 6 bulan), tetapi terdapat regimen lain mengikut produk/indikasi.

Kelebihan

Sangat relevan untuk pekerja dengan risiko pendedahan darah, pasangan/isi rumah berisiko dan individu yang belum lengkap imunisasi.

Perkara penting

Untuk sesetengah occupational risk, doktor mungkin mencadangkan semakan antibodi anti-HBs selepas siri vaksin.

TahunanInfluenza

Apa yang dicegah?

Influenza bermusim yang boleh menyebabkan pneumonia dan komplikasi, terutama pada kumpulan berisiko.

Umur

Kebanyakan vaksin influenza sesuai dari umur 6 bulan ke atas, bergantung pada produk.

Berapa dos?

Kebiasaannya setiap tahun. Kanak-kanak tertentu yang pertama kali menerima vaksin mungkin memerlukan 2 dos mengikut umur dan sejarah vaksin.

Kelebihan

Membantu mengurangkan risiko influenza dan komplikasi. KKM menekankan vaksin tahunan terutama bagi warga emas dan individu dengan penyakit kronik.

Perkara penting

Formulasi dikemas kini mengikut strain influenza yang dijangka beredar; semak stok semasa sebelum datang.

Haji, Umrah & travelMeningococcal

Apa yang dicegah?

Penyakit meningokokal invasif termasuk meningitis dan sepsis.

Umur

Umur minimum bergantung pada produk. Sangat relevan untuk traveller ke kawasan berisiko dan perjalanan ibadah.

Berapa dos?

Untuk bakal Haji, KKM menetapkan vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW135) sebagai keperluan; booster/validiti bergantung pada garis perjalanan dan produk semasa.

Kelebihan

Mengurangkan risiko jangkitan meningokokal yang boleh berkembang dengan cepat dan menjadi serius.

Perkara penting

Bakal Haji perlu semak keperluan terkini dan masa suntikan sebelum penerbangan; garis panduan KKM semasa menyatakan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum berlepas.

Warga emas & kumpulan berisikoPneumococcal

Apa yang dicegah?

Penyakit pneumokokal termasuk pneumonia, meningitis dan jangkitan invasif.

Umur

Digunakan pada kanak-kanak mengikut jadual tertentu dan pada dewasa/warga emas berdasarkan umur serta faktor risiko.

Berapa dos?

Boleh berupa satu atau beberapa dos bergantung pada umur, sejarah vaksin, jenis vaksin pneumokokal dan penyakit kronik.

Kelebihan

Penting dipertimbangkan bagi warga emas serta individu dengan penyakit jantung, paru-paru, diabetes atau keadaan imuniti tertentu.

Perkara penting

Jenis vaksin pneumokokal berbeza. Doktor perlu semak vaksin terdahulu sebelum menentukan regimen.

Vaksin oral untuk bayiRotavirus

Apa yang dicegah?

Gastroenteritis rotavirus yang boleh menyebabkan cirit-birit, muntah dan dehidrasi teruk pada bayi.

Umur

Dos pertama biasanya bermula selepas umur 6 minggu; vaksin ini mempunyai had umur yang ketat.

Berapa dos?

2 atau 3 dos bergantung pada produk. Siri perlu diselesaikan dalam julat umur yang ditetapkan produk.

Kelebihan

Mengurangkan risiko gastroenteritis rotavirus yang teruk dan keperluan rawatan akibat dehidrasi.

Perkara penting

Bukan vaksin untuk kanak-kanak besar atau dewasa. Umur tepat bayi mesti disemak sebelum memberi dos.

Booster & wound assessmentTetanus

Apa yang dicegah?

Tetanus, penyakit saraf serius akibat toksin bakteria yang boleh memasuki badan melalui luka.

Umur

Digunakan mengikut jadual imunisasi dan keperluan booster sepanjang hayat.

Berapa dos?

Keperluan dos bergantung pada siri vaksin terdahulu, bila booster terakhir diambil dan jenis luka.

Kelebihan

Perlindungan tetanus sangat penting kerana penyakit ini tidak memberi imuniti semula jadi yang boleh diharapkan selepas pendedahan.

Perkara penting

Untuk luka kotor/dalam, datang dengan maklumat tarikh vaksin tetanus terakhir jika diketahui supaya doktor boleh tentukan keperluan booster atau rawatan lanjut.

Vaksin dewasa dan warga emas
Dewasa & warga emas

Vaksin bukan untuk kanak-kanak sahaja.

Keperluan imunisasi berubah mengikut umur, penyakit kronik, pekerjaan, perjalanan dan rekod vaksin terdahulu. Influenza, pneumococcal, hepatitis dan booster tetanus antara vaksin yang kerap dibincangkan untuk orang dewasa.

  • Warga emas dan pesakit kronik mempunyai risiko komplikasi lebih tinggi daripada sesetengah jangkitan.
  • Pekerja dengan pendedahan darah atau risiko pekerjaan mungkin memerlukan perlindungan khusus.
  • Rekod vaksin lama membantu doktor mengelakkan dos yang tidak perlu dan menyusun booster dengan lebih tepat.
Bincang vaksin dewasa
Program vaksinasi korporat di tempat kerja
Untuk HR & organisasi

Program vaksinasi korporat di klinik atau lokasi syarikat.

Program vaksinasi korporat boleh disusun untuk membantu organisasi mengurus kempen pencegahan secara lebih teratur — daripada pendaftaran pekerja hingga pemberian vaksin dan dokumentasi asas.

On-sitePasukan klinik ke lokasi syarikat tertakluk kepada skop dan bilangan peserta.
In-clinicSlot berkumpulan di Teratai atau Tropika dengan koordinasi HR.
InfluenzaAntara pilihan popular untuk workplace vaccination campaign.
Custom planningJenis vaksin, jumlah pekerja, lokasi dan tarikh disusun bersama team korporat.
Program vaksin syarikat
Konsultasi vaksin perjalanan Haji dan Umrah
Travel · Haji · Umrah

Rancang vaksin sebelum tarikh perjalanan.

Sesetengah vaksin memerlukan masa untuk membina perlindungan atau mempunyai syarat dokumentasi perjalanan. Untuk bakal Haji, vaksin Meningococcal Quadrivalent ACYW135 merupakan keperluan dalam garis panduan pemeriksaan kesihatan bakal Haji KKM semasa.

  • Bawa tarikh perjalanan dan destinasi semasa konsultasi.
  • Untuk Haji, rancang suntikan meningococcal lebih awal; garis panduan KKM menyatakan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum penerbangan.
  • Influenza, hepatitis dan vaksin lain mungkin dibincangkan berdasarkan destinasi, umur dan risiko kesihatan.
Vaksin & pemeriksaan Haji/Umrah
Secara saintifik

Bagaimana vaksin membantu melindungi?

Vaksin melatih sistem imun mengenali antigen tertentu dan membentuk memori imun. Apabila badan terdedah kepada jangkitan sebenar, tindak balas imun boleh berlaku dengan lebih cepat.

Keberkesanan berbeza mengikut vaksin, umur dan keadaan individu. Tiada vaksin memberi jaminan perlindungan 100%, tetapi vaksinasi boleh mengurangkan risiko jangkitan, penyakit teruk atau komplikasi untuk banyak penyakit yang boleh dicegah.

Kesan selepas vaksin yang biasa seperti sakit di tempat suntikan, demam ringan atau letih biasanya sementara. Reaksi serius adalah jarang, dan doktor akan menyaring kontraindikasi penting sebelum vaksinasi.

Perspektif Islam

Pencegahan penyakit dan pemeliharaan nyawa.

Fatwa Wilayah Persekutuan 2022 berkaitan Jadual Imunisasi Kebangsaan menyatakan tanggungjawab vaksinasi berasaskan maqasid syariah untuk mencegah penyakit berjangkit berbahaya dan menjaga nyawa (hifz al-nafs), dengan pengecualian apabila masalah kesihatan disahkan oleh pakar perubatan.

Status hukum atau bahan sesuatu produk perlu dinilai secara spesifik. Kami tidak membuat dakwaan bahawa semua vaksin atau semua jenama mempunyai status halal yang sama secara automatik. Sebagai contoh, Muzakarah Kebangsaan pernah memutuskan penggunaan vaksin Menactra adalah diharuskan berdasarkan penilaian produk tersebut.

Sebelum datang

Semak 5 perkara ini.

01Nama vaksinBeritahu vaksin yang dicari atau tujuan seperti travel, corporate atau booster.
02Rekod lamaBawa buku vaksin atau rekod suntikan jika ada.
03Kesihatan semasaMaklumkan demam, alahan, kehamilan, penyakit kronik atau masalah imuniti.
04Tarikh pentingNyatakan tarikh perjalanan, Haji/Umrah atau deadline pekerjaan.
05Semak stokStok dan jenama boleh berubah — WhatsApp sebelum hadir.
FAQ vaksin Johor Bahru & Skudai

Soalan yang selalu ditanya.

Di mana boleh ambil vaksin influenza di Johor Bahru atau Skudai?

Semak stok dengan Klinik Teratai Al-Fatih di Taman Teratai, Skudai atau Klinik Tropika Al-Fatih di Setia Tropika. Vaksin influenza lazimnya diberikan setiap tahun, tertakluk kepada umur, produk dan penilaian klinikal.

Dengue vaccine QDENGA sesuai umur berapa?

Di Malaysia, QDENGA diindikasikan untuk individu berumur 4 tahun dan ke atas dan menggunakan 2 dos dengan jarak 3 bulan. Kesesuaian individu tetap perlu disaring oleh doktor.

Berapa dos vaksin hepatitis yang saya perlukan?

Ia bergantung pada jenis vaksin. Hepatitis A lazimnya dua dos, manakala Hepatitis B dan vaksin kombinasi A+B sering memerlukan siri beberapa dos. Rekod vaksin dan produk sebenar perlu disemak sebelum jadual ditetapkan.

Apa vaksin yang biasa untuk Haji dan Umrah?

Meningococcal ACYW135 merupakan keperluan penting untuk bakal Haji mengikut garis panduan KKM. Vaksin lain seperti influenza boleh dipertimbangkan mengikut umur, kesihatan dan nasihat perjalanan semasa.

Boleh buat program vaksin pekerja di syarikat?

Boleh dibincangkan. Kami boleh menyusun program vaksinasi korporat secara on-site atau melalui slot berkumpulan di klinik berdasarkan jenis vaksin, jumlah pekerja, lokasi, tarikh dan stok.

Kalau demam atau tidak sihat, masih boleh vaksin?

Keputusan bergantung pada tahap penyakit dan jenis vaksin. Beritahu keadaan semasa kepada doktor; sesetengah penyakit ringan tidak semestinya menghalang vaksinasi tetapi penilaian individu tetap diperlukan.

Adakah vaksin mempunyai kesan sampingan?

Kesan ringan seperti sakit di tempat suntikan, demam ringan atau letih boleh berlaku dan biasanya sementara. Dapatkan rawatan segera jika berlaku gejala alahan teruk atau simptom yang membimbangkan selepas vaksinasi.

Perlu appointment atau boleh walk-in?

Appointment disarankan supaya klinik dapat mengesahkan stok, jenama, cawangan dan jadual doktor. Untuk corporate vaccination atau vaksin travel, tempahan awal lebih penting.

Rujukan utama

Maklumat disusun berdasarkan sumber berautoriti.

Maklumat ini untuk pendidikan kesihatan dan tidak menggantikan konsultasi individu. Jadual dos, kontraindikasi dan booster boleh berubah mengikut produk, umur, sejarah imunisasi, garis panduan semasa dan keadaan kesihatan.

Langkah seterusnya

Nak ambil vaksin untuk diri, keluarga atau pekerja?

Beritahu jenis vaksin, umur penerima dan tarikh yang diperlukan. Team klinik akan bantu semak stok, cawangan dan slot.

Temujanji WhatsApp Lokasi