Adakah semua ketulan bawah kulit perlu dibuang?+
Tidak. Ada ketulan yang boleh dipantau sahaja jika stabil, tidak simptomatik dan pemeriksaannya konsisten dengan lesi benign. Keputusan bergantung pada diagnosis, saiz, lokasi, simptom, kadar pembesaran dan preference pesakit.
Adakah lipoma, cyst dan wart sama?+
Tidak. Wart biasanya berkait dengan jangkitan HPV pada kulit. Lipoma ialah ketulan lemak benign di bawah kulit. Cyst pula sering mengandungi keratin atau bahan lain di dalam rongga cyst. Diagnosis yang betul penting kerana rawatan dan risiko berbeza.
Antibiotik perlu ke untuk minor surgery?+
Antibiotik tidak diberi secara rutin untuk semua clean minor skin procedure. Ia dipertimbangkan jika ada jangkitan, cellulitis, discharge, abscess, faktor risiko pesakit tertentu atau pertimbangan klinikal lain selepas pemeriksaan doktor.
Kalau cyst sedang radang, boleh terus buang?+
Tidak semestinya. Cyst yang sedang meradang atau dijangkiti kadang-kadang lebih sesuai dikawal dahulu sebelum excision muktamad dipertimbangkan. Masa rawatan bergantung pada keadaan lesi dan pemeriksaan doktor.
Adakah semua kes boleh dibuat di klinik?+
Tidak. Lesi yang besar, dalam, diagnosis tidak pasti, recurrent atau mencurigakan kanser kulit mungkin lebih sesuai dirujuk ke setting yang lebih khusus.
Adakah prosedur ini akan meninggalkan parut?+
Kebanyakan prosedur kulit boleh meninggalkan parut kecil kerana ia melibatkan kulit. Saiz parut bergantung pada jenis lesi, lokasi, teknik prosedur, penyembuhan individu dan penjagaan selepas prosedur.
Adakah ketulan yang dibuang perlu dihantar untuk histopathology?+
Sesetengah sampel mungkin dihantar ke makmal untuk pemeriksaan histopathology apabila diagnosis perlu disahkan, ciri lesi tidak tipikal, lesi recurrent atau doktor merasakan tissue diagnosis akan membantu. Ia tidak semestinya diperlukan untuk setiap prosedur.
Bila ketulan perlu diperiksa lebih awal?+
Dapatkan penilaian lebih awal jika ketulan membesar cepat, keras atau melekat, berdarah atau ulcerated, berubah warna atau bentuk, sangat sakit, disertai demam atau kemerahan merebak, atau jika diagnosis tidak pasti.